FELCRA Lekir mula
dibuka pada tahun 1973. Pada asalnya ianya merupakan rancangan tanah belia yang
mana belia - belia dari Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor telah terpilih sebagai
Peserta - Peserta FELCRA. Pada peringkat awal, peserta - peserta telah
ditempatkan di bangunan asrama yang telah disediakan.
TADIKA
POKOK GETAH
Manakala, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung FELCRA Lekir telah ditubuhkan pada 1 April 2015. Sebagai permulaan awal
sejarah ini, ahli jawatankuasa telah dilantik seramai 15 orang untuk menerajui
JKKK ini. Tn. Haji Mohd Shrif Bin Sain selaku Pengerusi telah dilantik bagi
penggal 2015-2015.
Pelbagai misi dan visi telah dirangka
untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksankan dan mencapai golongan
sasar. Menariknya jawatankuasa ini turut terlibat melibatkan belia atau
generasi ke-2 FELCRA Berhad.
Namun begitu, penubuhan awal ini
memerlukan satu momentum yang agak besar untuk menjayakan agenda kemasyarakatan
ini. Modal yang sedikit bukanlah satu penghalang untuk melakukan aktiviti bagi
mengeratkan hubungan diantara penduduk kampung.
PEJABAT
ASRAMA
PERASMIAN